Selepas negara China, dalam beberapa hari membuat research aku pilih India pula hehe berdasarkan buku yg aku baca...ok jom terbang ke india....
Kenali India: Republik India terletak di Asia Selatan berkeluasan hampir 3.28 Juta kilometer persegi. India merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dengan jumlah populasi lebih sejuta penduduk. ia merupakan negara kedua mempunyai populasi tertinggi di Hindi dan Inggeris. kebanyakan penduduk menganut agama Hindu di ikuti agama Islam, Kristian dan Sikh. terdapat 10 kumpulan etnik utama dengan Hindustani adalah kumpulan mejoriti. kemudian etnik Telegu, Bangladesh, Maratha dan Tamil. mata wang India ialah Rupee (Re). New Delhi merupakan ibu negara India. Barat Laut India bersempadan dengan Pakistan manakala Timur Laut bersempadan dengan China, Nepal dan Bhutan. di sebelah Timur India menghubungkan Myanmar dan Bangladesh. di bahagian Tenggara ialah Teluk Benggala dan Sri Lanka yang dipisahkan oleh selat Palk.
HUBUNGAN SEJARAH LAMA KOREA SELATAN DAN INDIA....
Permaisuri India di Geumgwan Gaya
Dipercayai puteri kerajaan Ayodhya (kini India) bernama Heo Hwang-ok (nama Korea) merentasi lautan ke semenanjung Korea untuk berkahwin dengan Raja Suro dan menjadi permaisuri pertama Geumgwan Gaya. sebuah makam dipercayai milik Heo ditemui di Gimhae, Korea Selatan bersebelahan dimakan suaminya. catatan di batu nisan menunjukkan 'Makam Permaisuri Gaya, Permaisuri Suro' Ahli arkeologi juga menemui batu berbentuk dua ekor ikan sedang bercium sebagai simbol kerajaan Gaya yang melambangkan keunikan keluarga diraja Mishra di Ayodhya. ini membuktikan kewujudan hubungan langsung antara India dan Korea sejak kedatangan Permaisuri ke Korea pada tahun 2001, delegasi Korean mula membina tugu memorial di utara bandar India, Ayodhya sebagai penghormatan kepada Permaisuri Heo Hwang-ok. Lebih seratus sejarawan dan wakil kerajaan merasmikan memorial di tebing Barat Sungai Saryu. pada tahun 2004 (seperti yang dilaporkan media utama korea) pengkaji di kawasan arkeologi makam lama diraja Gimhae wilayah Gyeongsang selatan menemui bukti menyokong dakwaan mengatakan bahawa orang Korea memiliki DNA dari selatan atau etnik Asia Tenggara seperti India, Melayu dan Thai. Bagaimanapun kajian mengenainya masih lagi diteruskan.
No comments:
Post a Comment