CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 20, 2011

Kembara khazanah dunia (China) Yang Guifei





Hallow..hmmhh hari ni aku tak de nak sharing2 pasal hati dan perasaan hehehe, skang ni aku nak tukar angin pula, bukan la maksud aku nak tukar topik, tp selain daripada aku share pasal kehidupan, haha tak salah aku share pasal sejarah yg terdapat dalam dunia ni, so aku mulakan topik baru aku ni ok, tajuk adalah sejarah CHINA:

entah kenapa lepas jer aku baca komik tentang kembara khazanah CHINA aku tertarik dengan topik pasal Yang Guifei...korang nak tau sapa Yang Guifei????




Yang Yuhuan, dikenali juga dengan nama Yang Guifei adalah salah satu daripada 4 wanita tercantik dalam sejarah China. Konon kecantikannya membuat bunga yang sedang mekar pun menjadi malu.
dia terkenal akan hubungannya dengan Li Longji (Maharaja Xuanzong dariTang), yang sebenarnya ialah mertua dia. dan Yang Guifei kemudian menjadi salah satu wanita terkuat di istana selama sejarah China, tapi kemudian diesksekusi kerana Pemberontakan Anshi yang memprotes kuasa keluarga Yang, terutama Yang Guo zhong, sepupu Yang Guifei yang juga Perdana Menteri Tang masa itu.

Masa muda Yang Guifei...

Yang Yuhuan berasal dari Huayin, Hongnong. Dia menjadi yatim-piatu pada umur yang masih muda. Ia kemudian tinggal bersama pakciknya diHenan.Pada bulan sebelas dari tahun ke-22 tempoh Kaiyuan (734 M) ia dijadikan gundik Putera Shou, kanak-kanak dari Maharaja Xuanzong, dari DinastiTang.Yang Yuhuan sendiri pun bukan wanita yang langsing dan ramping. Ia sedikit gemuk tapi konon sangat cantik. beliau pernah membenci Li Bai, seorang penulis puisi terkenal Dinasti Tang kerana Gao Lishi menghasut bahawa dia membandingkan Yang Guifei dengan Zhao Feiyan, permaisuri Maharaja Cheng dari Dinasti Han yang ramping dan langsing. Bahkan Maharaja Xuanzong pun pernah bergurau "... dengan tubuh seperti milikmu, kau tidak akan terbang di tiup angin"
Hubungan cinta dengan Maharaja XuanZong

Setelah enam tahun menjadi isteri Putera Shou, Yang Yuhuan menarik perhatian ayah Putera Shou, Maharaja Xuanzong. Tetapi kerana Yang Yuhuan adalah menantunya, maharaja tidak boleh mengahwininya begitu saja.Pertama dia menyuruh Gao Lishi, sida diraja untuk membawa Yang Yuhuan ke Kuil Taizen di dalam istana dan menjadikannya sebagai biarawati ajaran Tao, lalu memberikan dia gelaran Yang Kebenaran Tertinggi, dan menjadikannya sebagai ahli istananya.
Sebagai juru perhatian, pada tahun ke-4 tempoh Tianbao (745 M) Maharaja Xuan zong melantik Wei Zhaoxun, puteri seorang pegawai tinggi untuk menjadi pasangan rasmi Putera Shou.
Pada bulan yang sama, Maharaja memberi gelaran Guifei (gundik Kehormatan) kepada Yang Yuhuan, yang menjadikannya wanita paling favorit di istana, juga menimbulkan kegelisahan di antara gundik-gundik maharaja yang lain. Pada hari penganugrahan gelaran ini lagu-lagu dikumandangkan di seluruh istana dan yang Guifei dianugerahkan penyepit rambut emas dan tempat perhiasan yang bertaburkan permata yang dipilih sendiri oleh Maharaja dari bilik perhiasan kerajaan.Begitu tergila-gilanya Maharaja sehingga dia terinspirasi untuk menyusun sebuah lagu yang berjudul Pemilikan sebuah Permata yang menggambarkan yang Yuhuan sebagai permata yang berharga yang dia miliki.

Kehidupan Yang Guifei di istana...


Sebelum kedatangan Yang Guifei ke istananya, Maharaja Xuanzong amat menyayangi gundiknya yang bernama Gundik Wu, yang telah melahirkan seorang putra untuk Maharaja Xuanzong. Gundik Wu sendiri adalah wanita cantik dan tidak dapat dikalahkan oleh

gundik2 yang lain, tapi umurnya tak panjang dan ia meninggal pada tahun k
e-21 Kaiyuan. Hal ini sangat membuatkan Maharaja Xuanzong. Kemudian semuanya itu dilupakan ketika oleh Maharaja setelah dia menemukan Yang Yuhuan. Biarpun Yang Guifei dipanggil secara rasmi dengan sebutan Gundik tapi ia diperlakukan seperti seorang permaisuri. masa tu tempat pemaisuri masih lagi kosong, maka tak ada protes tentang perlakuan istana pada Yang Guifei.

Selain itu pernah suatu ketika Yang Guifei menyinggung perasaan Maharaja.Karena marah dia pun di hantar semuala ke pangkuan keluarganya bersama

adik perempuan dan kakaknya Yang Xian. Maharaja mula kehilangan nafsu makan dan enggan membuat apa pun. Gao Lishi kembali meminta izin untuk menjemput, tapi kerana malu Yang Guifei menolak pelawaan tersebut. Ratusan kereta kuda berisi makanan, kain sutra dan anggur terbaik dikirimkan kepada Yang Guifei. Akhirnya Yang Guifei pun cair la dan kembali ke istana. dia disambut meriah oleh Maharaja Xuanzong dan Yang Gu
ifei berjanji tak akan mengulangi perbuatannya.

dia pernah menyinggung perasaan Maharaja dengan mencuri dan memainkan seruling giok ungu milik Putera Ning. Maharaja pun marah lalu Yang Guifei diusir balik . Kali ini Yang Zhao sepupunya meminta rakannya Ji Wen untuk menolong. Ji Wen menjelek-jelekkan Yang Guifei hingga menyebabkan Maharaja lebih marah dan Ma

haraja ingin menghukum Yang Guifei tapi Yang Guifei meminta pelayan istana untuk mengantar potongan rambut Yang Gu
ifei kepada Maharaja Xuanzong. Ji Wen kembali dan kali ini membela Yang Guifei dengan menyebutkan semua yang telah dilakukannya kepada Maharaja Xuanzong. maharaja akhirnya sedar dan meminta Gao Lishi membawa pulang Yang Guifei.




Kerana cinta Maharaja kepada Yang Guifei, maka dia mengangkat Yang Xuanyan, ayahnya, menjadi Gabenor Jiyin dan
kemudian menjadi Menteri Perang dan akhirnya diberi gelar sebagai tiang negara. Pakciknya
diangkat menjadi Menteri Agung Hiburan untuk Maharaja. abangnya, Yang Xian, juga diangkat sebagai pegawai istana. Sepupunya Yang Qi pun dikahwinkan pada Puteri Taihua, putera
kesayangan Maharaja yang kebetulan juga putera dari Gundik Wu. Semua ini memudahkan keluarga Yang untuk keluar masuk istana dan memiliki kekuasaan besar dalam pemerintahan.

Di antara semua saudaranya sepupunya Yang Zhao adalah pegawai istana dengan tingkat tertinggi. dia pun diberi nama Guozhong oleh Maharaja yang bermaksud setia pada negara. Pada tahun ke-11 Tianbao (752 M) dia ras
mi menjadi perdana menteri.

Yang Guifei juga konon menyukai buah laici. Tapi buah-buahan dengan kualiti terbaik hanya tumbuh di selatan. Maka pada musim buah Maharaja Xuanzong akan memerintahkan orang untuk menunggang kuda yang berlari kencang untuk membawa buah itu ke istana siang-malam. Kerana buah kegemarannya adalah buah laici, bahkan para petani memberi nama buah laici yang berkualiti tinggi dengan nama "Senyum Si Gundik"

Pemberontakkan Anshi dan akhir kehidupan Yang Guifei...

Pada tahun 755, atas usul seorang pegawai bernama Li Linfu, seorang gabenortentera dari suku utara bernama An Lushan menjadi sangat kuat dan dipercayai oleh Maharaja. Maharaja menyayanginya sampai-sampai menganggapnyaputeranya sendiri. Ia mempunyai kebiasaan yang aneh, iaitu pada jamuankerajaan dia tidak akan bersujud kepada maharaja tetapi hanya kepada YangGuifei. Pada saat ditanya Dia menjawab bahawa dia adalah keturunan dari suku di utara dan kebiasaan sukunya hanya menghormati ibu dan bukan ayah.Mendengar itu maharaja hanya tetawa dan memaafkannya.
Kemudian dia mulai menentang kedaulatan pemerintahan Maharaja Xuanzong.Beliau mengetuai pemberontakkan di bawah panji untuk menghancurkanpemerintahan Yang Guozhong yang suka merahsuah.Pemberontakan ini bernama Pemberontakan Anshi dan ingin membina rejim Dayan.
Saat pasukan pemberontak mendekati Chang'an, ibu kota Tang, MaharajaXuanzong melarikan diri bersama seluruh isi istananya dan sepasukantenteranya ke Sichuan.Saat mereka mendekati desa yang disebut LerengMawei, pasukannya enggan meneruskan perjalanan.Mereka meminta PerdanaMenteri Yang Guozhong dan Yang Guifei dihukum mati, kerana masalah yang mereka timbulkan.
Atas nasihat seorang pegawai bernama Wei E, Maharaja bersetuju untukmenjatuhkan hukuman ke atas Yang Guifei, walaupun dia sangat mencintai YangGuifei, kerana hidupnya dan masa depan golongan lebih penting berbandingseorang wanita.Yang Guifei pun memahami tentang keadaan tersebut,walaupun sedih, dia tidak marah dan dendam, kerana besar cintanya padaMaharaja.Maka dia pun dingantung dengan seutas selendang putih oleh GaoLishi. Walaupun dia sangat berkuasa, tapi maharaja tidak boleh menghalangtragedi itu. Dia hanya boleh menutup matanya, dan membiarkan air mata membasahi pipinya.
Pemberontakkan akhirnya dapat ditumpaskan, Maharaja pun kembali keistananya, tetapi Yang Guifei telah tiada selamanya. Kehilangan Yang Guifeimembuat Maharaja sangat sedih. Dia menjadi tak berghairah dan menderitainsomnia. maharaja menjadi sangat menderita. Menurut legenda, datang seorang pendeta Tao menawarkan diri untuk membantu maharaja. Diamengatakan bahawa dia boleh berkomunikasi dengan orang mati. Maka sangpendeta mula mencari roh Yang Guifei di dunia orang mati. Akhirnya mereka mendapati Yang di sebuah pulau suci di dunia orang mati.Pulau itu dipenuhibidadari, dan Yang Guifei adalah yang paling cantik di antara mereka.
Menerima utusan kekasihnya, dia cepat-cepat keluar dari biliknya tanpamenggunakan banyak hiasan rambut. dia berkata kepada sang pendeta,"Tolong sampaikan pada Yang Mulia, walaupun kehidupan di dunia nyata itu singkat, tetap di pulau suci ini waktu tak terbatas. Berikan setengah penyepitrambutku padanya dan biarlah dia tahu bahawa cintaku untuknya, cinta ini tetapikukuh seperti emas yang menjadi bahan dari penyepit ini. "
Setiap hari ketujuh di bulan ketujuh maharaja selalu mengunjungi Kuil UmurPanjang untuk berkomunikasi dengan permaisurinya Dia berdoa, "Semoga kami menjadi sepasang burung yang terbang di syurga dan menjadi sepasangpokok yang berjalin di bumi."

wah sedih sungguh cerita ni huhu.....kasihan Yang Guifei, kesalahan yang dilakukan oleh keturunan dia, terpaksa ditanggung juga.......harap korang semua terhibur hahaha bye..bye....

2 comments: