Yo!! selamat pagi hahaa sekarang jam menunjukan pukul 11.02 am, sebab krja2 rumah dah selesai aku pun on9 untuk menghabiskan cerita aku pasal sejarah-sejarah dunia ni, hehehe aku suka bab sejarah ni, nak2 lagi kalau berkaitan sejarah dunia..banyak pengetahuan yg dapat kita peroleh dari sejarah2 ni....so meh sini aku nak share pasal kepelbagaian masakan china....
China bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis khazanah yang amat berharga, tetapi china turut mempunyai khazanah makanan yang amat unik dan meyelerakan...wah lapar la pula aku ni haha!!!
Makanan eksotik: terdapat pelbagai jenis makanan eksotik dalam masakan China. Hampir semuanya boleh dimakan..contoh Beruang, Kura-kura, Kucing, Tikus Hutan, Semut, Lipan, Anjing, selain itu,ada juga Monyet, Landak, Burung Hantu......hehehee..makanan di China dinamakan mengikut jenis, nama tempat, nama tukang masak, cara memasak ataupun bahan yang digunakan.contohnya Ma Poh Tofu merujuk kepada taufu yang dimasak oleh Tan Ma Poh.
Empat Jenis Masakan Utama China
masakan China boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu: masakan shandong, masakan zhejiang, masakan kantonis, dan masakan szechuan.
- Masakan Shandong atau utara, masakannya agak masin dengan lebih bahan rempah termasuklah bawang putih. Cara memasaknya lebih kepada kacau goreng dan goreng celur. di utara China, mereka banyak menggunakan bijirin seperti gandum,dan jagung sebagai bahan utama berbanding beras yang sukar didapati. antara masakan terkenal adalah itik Peking (Beijing).
- Masakan Zhejiang tidak berminyak, mengutamakan kesegaran, kelembutan rasa dan tekstur agak kelihatan menyerlah. ia hanya dikacau goreng, goreng celur dan mengukus untuk mengekalkan keaslian rasa. Hidangan terbaik adalah ayam pengemis (Hangzhou's Beggar's Chicken) dan ketam Shanghai.
- Masakan Kantonis atau Guandong, kedudukan geogarafi Guandong menunjukkan pengaruh pelbagai budaya dari serata dunia, masakannya mempunyai pelbagai cara dan rasa antarabangsa selain dari hidangan tradisional China, bagi pelancong, 'Dim Sum' merupakan hidangan istimewa Kantonis.
- Masakan Szechuan sangat unik dan mempunyai pelbagai kepelbagaian rasa. Rasanya lebih pedas, ia menggunakan halia, cili dan juga bijan. Ma Poh Tofu dan Ayam Kung Pao adalah hidangan terkenal Szechuan.
haha ini pula maklumat lanjut mengenai empat jenis masakan utama di China: (jom teroka)
Masakan Utara: simbol masakan China
masakan terkenal di utara China terdapat di Beijing, Tianjin dan Shandong. Beijing menjadi pusat tumpuan penggemar masakan terutamanya pakar masakan dari seluruh China. kebanyakan masakan berasaskan gandum yang terdiri daripada pelbagai jenis roti, mi, ladu dan hidangan daging. rasanya lazat dan kurang minyak..cuka dan bawang putih menjadi bahan utama. lazimnya ia dikukus, digoreng atau dipanggang. hidangan paling terkenal ialah Itik panggang Peking dan Daging Kambing.
itik Peking (Beijing)
Hidangan Zhejiang pelbagai rasa
Masakan Zhejiang mewakili masakan dari serata tempat sekitar sungai Yantze yang lebih kepada makanan laut seperti ketam dan udang. kelazatan masakannya lebih ketara dan menarik disebabkan kawasan Zhejiang juga menjadi pengeluar kicap dan gula. hidangan ini menjadi lebih meriah pada bulan september hingga januari kerana hasil ketam lebih banyak.
Hangzhou's Beggar's Chicken (Ayam Pengemis) dan ketam Shanghai
Masakan Szechuan
Wilayah Szechuan bukan sahaja dikenali sebagai 'Jelapang Padi China' malah terdiri daripada pelbagai bahan mentah lain seperti sayuran, bijirin, daging, ikan dan herba. ciri masakannya berempah, cili, lada hitam, lada Szechuan dan lain-lain sebagai penambah rasa. Ma Poh Tofu dan Ayam Kung Pao antara hidangan Szechuan.
Ma Po Tofu dan Ayam Kung Pao
Masakan Guandong
Guandong terletak di tenggara China iaitu kawasan iklim sederhana. justeru masakkanya lebih cenderung pada penggunaan tomato dan daging lembu, ia adalah antara hidangan popular di China kerana masakannya tidak terlalu berperisa dan kurang minyak seperti Dim Sum dan Yong Tofu.
Dim Sum dan Yong Tofu
sedapkan masakan orang China ni...eh.. lapar la pula...ok la sampai sini dlu nanti kalau da masa aku update balik pasal sejarah2 negara lain, bye2....
No comments:
Post a Comment