CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

Takdir dalam perasaan

Malam yang sunyi membangkitkan lagi suatu perasaan aku yg bercampur aduk, dimana setiap kali aku cuba melupakan bayangan wajah indah itu dia tetap akan hadir walaupun aku tak minta, wajah yg polos, bersih dan menawan sentiasa berlegar2 dalam imaginasi aku, apakah perasaan ini muncul semula? perasaan yg pernah dirasai oleh aku dan orang lain sebagai manusia?tapi sayang jarak diantara kami sangat berbeza...dan aku hanya mampu melihat gambaran wajahnya dari jarak jauh..tanpa bersemuka, tanpa bercakap, dan tanpa mengenali siapa dia yg telah mengalihkan perhatian ku seketika. biarlah perasaan itu terus berada di hati hingga di suatu saat nanti ia akan hilang dan pergi dengan sendirinya.....mungkin sudah ditakdirkan begini..



Thursday, August 25, 2011

Kembara Khazanah India (Keindahan Taj Mahal) part 3


korang mesti tau ni apa kan? ini la Taj Mahal kebanggaan negara India....
untuk pengetahuan korang semua Taj Mahal ialah sebuah makan terletak di Agra, utara India ia juga digelar 'Istana Mahkota' Taj Mahal yang dikenali sebagai makam ini dibina pada tahun 1631. bangunan utama siap dibina pada tahun 1648. manakala keseluruhan bangunan pula siap pada tahun 1653. hampir 20 ribu tenaga kerja dikerah setiap hari dalam kerja pemmbinaan. keseluruhan projek mengambil masa 22 tahun. yang unik pada Taj Mahal ini, ia dibina seperti semetri seolah2 boleh dilipat dua, bukan sahaja bangunan tetapi malah pokok serta bangkunya juga seolah2 semetri.

MAKNA TAJ MAHAL:
seperti yang dikatakan oleh aku tadi, ia digelar Istana Mahkota, Taj Mahal diberi berdasarkan nama isteri kesayangan Syah Jahan iaitu Mumtaz Mahal..beliau merupakan isteri ketiga Syah Jahan, Mumtaz Mahal, isteri kesayangan Syah Jahan meninggal dunia ketika melahirkan anak yang ke-14. Syah Jahan berasa amat sedih, lalu baginda mendirikan sebuah makam sebagai kenangan percintaan mereka.. huhu sangat mengkakumkan....

Makam Syah Jahan dan Mumtaz Mahal
di dalam Taj Mahal

Kembara Khazanah India (Makanan India) Part 2

Hehehehe ni mesti korang suka kan, kalau pasal makan smua pun sanggup..janji kenyang nak2 lagi kalau time kelaparan....tak dapat makan tengok gambar pun jadi, hari tu aku postkan dalam ni pasal Makanan China sekarang ni Makanan India pula

Makanan India berbeza daripada negara lain. bukan hanya dari segi rasa tetapi cara penyediaannya. makanan india terkenal dengan rasa pedas berempah dan hampir kesemua jenis masakannya menggunakan rempah-ratus. itulah sebabnya setiap jenis hidangan mengandungi banyak khasiat selain rasa yang hebat. ramai orang india adalah vegetarian atas sebab peribadi agama dan budaya. mereka lebih gemar memakan daging ayam atau kambing. manakala daging khinzir diharamkan bagi orang Islam dan lembu pula adalah haiwan suci penganut Hindu. kebanyakkan makanan india berasaskan roti seperti roti nan dan dimakan menggunakan tangan kanan, tangan kiri dianggap kotor. Falsafah di sebalik makan menggunakan tangan adalah untuk menikmati kelazatan makanan dengan semua deria yang ada-rasa, bau, lihat dan sentuh. tangan akan dibersihkan dalam bekas basuh tangan selepas makan. bagaimanapun selepas kajian kebersihan menunjukan air liur menjadi punca utama pencemaran makanan, masyarakat india moden menggunakan alatan seperti sudu, garfu untuk menjamin kebersihan.

Antara masakan india yang sangat terkenal dikalangan orang india:

VADAI
Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan India. Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ia diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari.


vada1 2414632071_b2686a87ca_m

Masala Vadai yang diperbuat daripada dal. Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras

BRIYANI
Briyani ialah sejenis makanan berasaskan nasi dan dimasak bersama rempah, beras (beras basmati kebiasaannya) dan juga ayam, daging atau sayur –sayuran.

800px-kanabona_biryani


NASI DAUN PISANG
Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama – sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadum. Selalunya, hanya kuah kari sahaja dihidangkan, dagingnya tidak dihidangkan. Kerana, nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana dipercayai, apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang. Ia akan melepaskan lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.

bananaleafrice001


PUTU MAYAM
Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek.
Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka.

briyani


Kembara Khazanah India part 1


Selepas negara China, dalam beberapa hari membuat research aku pilih India pula hehe berdasarkan buku yg aku baca...ok jom terbang ke india....
Kenali India: Republik India terletak di Asia Selatan berkeluasan hampir 3.28 Juta kilometer persegi. India merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dengan jumlah populasi lebih sejuta penduduk. ia merupakan negara kedua mempunyai populasi tertinggi di Hindi dan Inggeris. kebanyakan penduduk menganut agama Hindu di ikuti agama Islam, Kristian dan Sikh. terdapat 10 kumpulan etnik utama dengan Hindustani adalah kumpulan mejoriti. kemudian etnik Telegu, Bangladesh, Maratha dan Tamil. mata wang India ialah Rupee (Re). New Delhi merupakan ibu negara India. Barat Laut India bersempadan dengan Pakistan manakala Timur Laut bersempadan dengan China, Nepal dan Bhutan. di sebelah Timur India menghubungkan Myanmar dan Bangladesh. di bahagian Tenggara ialah Teluk Benggala dan Sri Lanka yang dipisahkan oleh selat Palk.

HUBUNGAN SEJARAH LAMA KOREA SELATAN DAN INDIA....
Permaisuri India di Geumgwan Gaya
Dipercayai puteri kerajaan Ayodhya (kini India) bernama Heo Hwang-ok (nama Korea) merentasi lautan ke semenanjung Korea untuk berkahwin dengan Raja Suro dan menjadi permaisuri pertama Geumgwan Gaya. sebuah makam dipercayai milik Heo ditemui di Gimhae, Korea Selatan bersebelahan dimakan suaminya. catatan di batu nisan menunjukkan 'Makam Permaisuri Gaya, Permaisuri Suro' Ahli arkeologi juga menemui batu berbentuk dua ekor ikan sedang bercium sebagai simbol kerajaan Gaya yang melambangkan keunikan keluarga diraja Mishra di Ayodhya. ini membuktikan kewujudan hubungan langsung antara India dan Korea sejak kedatangan Permaisuri ke Korea pada tahun 2001, delegasi Korean mula membina tugu memorial di utara bandar India, Ayodhya sebagai penghormatan kepada Permaisuri Heo Hwang-ok. Lebih seratus sejarawan dan wakil kerajaan merasmikan memorial di tebing Barat Sungai Saryu. pada tahun 2004 (seperti yang dilaporkan media utama korea) pengkaji di kawasan arkeologi makam lama diraja Gimhae wilayah Gyeongsang selatan menemui bukti menyokong dakwaan mengatakan bahawa orang Korea memiliki DNA dari selatan atau etnik Asia Tenggara seperti India, Melayu dan Thai. Bagaimanapun kajian mengenainya masih lagi diteruskan.

Sunday, August 21, 2011

Kembara Khazanah China III (Makam Maharaja Qinshihuang)


Makam Maharaja Qinshihuang yang terletak di bahagian barat China merupakan makam maharaja yang paling besar, yang strukturnya paling istimewa dan barangan yang dikuburkan paling banyak di dunia. Manakala patung tanah liat berupa perwira dan kuda, yang juga dikenali sebagai "Terra Cotta", sebagai sebahagian daripada makam Maharaja Qinshihuang ini, digelar sebagai keajaiban ke-8 di dunia dan amat terkenal, sama seperti piramid di Mesir.

Maharaja Qinshihuang merupakan maharaja pertama zaman Dinasti Qin, iaitu dinasti pertama pada zaman feudal China. Maharaja ini telah memberikan sumbangannya yang amat besar kepada perkembangan masyarakat China, walaupun bersifat kejam. Maharaja Qinshihuang adalah pemimpin yang pertama menyatukan seluruh China sebagai sebuah negara. Baginda telah mengambil banyak tindakan untuk mendorong pembangunan ekonomi dan kebudayaan, seperti menyatukan mata wang, tulisan dan sistem ukuran. Baginda telah membina Tembok Besar untuk mempertahankan negaranya daripada serangan musuh dari utara. Tindakan-tindakan tersebut menyebabkan baginda menjadi tokoh politik yang terkenal pada zaman silam. Walau bagaimanapun, baginda dianggap sangat kejam dan suka pada kemewahan.
Untuk mengawal fikiran orang awam, baginda telah membakar buku. Untuk mengukuhkan pentadbirannya, baginda telah membunuh dan menanam hidup-hidup sarjana yang berbeza pendapatnya daripada baginda. Selain itu, baginda telah membina beberapa banyak bangunan yang megah dan mewah untuk menghiburkan hati.

Tidak lama selepas menyatukan seluruh negara, Maharaja Qinshihuang telah memulakan pembinaan makamnya. Seramai 700 ribu orang pekerja dikerah untuk membina makam baginda selama 40 tahun. Apabila baginda mangkat, makamnya masih belum siap dibina.

Makam Maharaja Qinshihuang terletak di Lishan, kawasan luar bandar Xi'an, ibu kota Provinsi Shaanxi. Kawasan makam ini luasnya lebih 56 kilometer persegi. Makam yang berbentuk piramid ini, panjangnya 350 meter, lebarnya 345 meter dan tingginya 76 meter. Di sekitar makam ini, terdapat lebih 500 buah makam sampingan. Antara makam-makam sampingan tersebut, ada makam kereta kuda yang diperbuat daripada tembaga, makam tempat pemeliharaan kuda di istana, dan patung tanah liat berupa perwira dan kuda yang melambangkan tentera Dinasti Qin.

Kereta berkuda yang diperbuat daripada Tembaga

Patung tanah liat tersebut ditemui secara kebetulan. Pada tahun 1974, ketika petani tempatan menggali perigi, mereka telah menemui banyak serpihan tembikar. Mereka tidak mengambil berat perkara ini dan membuang serpihan tembikar tersebut. Pada waktu itu, seorang ahli arkeologi yang berada di tempat itu menyedari bahawa penemuan ini mungkin amat penting, dan segera memaklumkan hal ini kepada pihak yang berkenaan. Berikutan dengan itu, Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda telah ditemui.

"TERRACOTTA " Patung yang diperbuat dari tanah liat..uniknya wajah patung ini mempunyai rupa yang sangat berbeza dan menurut kajian belum ada satu pun patung terracotta yang serupa wajah nya..

Sekarang sebanyak 500 buah patung tanah liat berupa perwira, 18 buah kereta kuda yang diperbuat daripada kayu, serta lebih 100 buah patung kuda telah digali keluar. Patung-patung perwira tersebut tingginya kira-kira 1.8 meter, air mukanya berbeza-beza dan kelihatan seperti hidup. Ia memperlihatkan teknik pahatan yang bertaraf tinggi pada zaman Dinasti Qin, lebih 2000 tahun yang lalu.

Untuk memlihara makam Maharaja Qinshihuang dengan baik, kerajaan China sekarang masih tidak merancang untuk menggali bahagian utama makam ini. Sehingga kini, China telah menggali keluar lebih 50 ribu buah artifak dari makam-makam sampingan di sekitar Makam Maharaja Qinshihuang, termasuk kereta dan kuda yang diperbuat daripada tembaga yang ditemui pada tahun 1980. Ia dikenali sebagai artifak yang bernilai tinggi dalam bidang arkeologi kerana teknik pembuatannya yang halus dan rumit.

Menurut rumusan kajian yang dibuat, makam Maharaja Qinshihuang ini ialah dunia tiruan yang serupa dengan zaman Dinasti Qin, kerana Maharaja Qinshihuang ingin meneruskan pemerintahannya selepas baginda mangkat. Namun, tiga tahun selepas baginda mangkat, Dinasti Qin telah digulingkan. Tetapi makam Maharaja Qinshihuang masih gah dan menjadi "saksi" perkembangan sejarah China.

Pada tahun 1987, Makam Maharaja Qinshihuang dan Patung Tanah Liat yang Berupa Perwira dan Kuda ini disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO.

Kembara Khazanah China II (Kepelbagaian Masakan China)

Yo!! selamat pagi hahaa sekarang jam menunjukan pukul 11.02 am, sebab krja2 rumah dah selesai aku pun on9 untuk menghabiskan cerita aku pasal sejarah-sejarah dunia ni, hehehe aku suka bab sejarah ni, nak2 lagi kalau berkaitan sejarah dunia..banyak pengetahuan yg dapat kita peroleh dari sejarah2 ni....so meh sini aku nak share pasal kepelbagaian masakan china....

China bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis khazanah yang amat berharga, tetapi china turut mempunyai khazanah makanan yang amat unik dan meyelerakan...wah lapar la pula aku ni haha!!!

Makanan eksotik: terdapat pelbagai jenis makanan eksotik dalam masakan China. Hampir semuanya boleh dimakan..contoh Beruang, Kura-kura, Kucing, Tikus Hutan, Semut, Lipan, Anjing, selain itu,ada juga Monyet, Landak, Burung Hantu......hehehee..makanan di China dinamakan mengikut jenis, nama tempat, nama tukang masak, cara memasak ataupun bahan yang digunakan.contohnya Ma Poh Tofu merujuk kepada taufu yang dimasak oleh Tan Ma Poh.

Empat Jenis Masakan Utama China
masakan China boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu: masakan shandong, masakan zhejiang, masakan kantonis, dan masakan szechuan.
  • Masakan Shandong atau utara, masakannya agak masin dengan lebih bahan rempah termasuklah bawang putih. Cara memasaknya lebih kepada kacau goreng dan goreng celur. di utara China, mereka banyak menggunakan bijirin seperti gandum,dan jagung sebagai bahan utama berbanding beras yang sukar didapati. antara masakan terkenal adalah itik Peking (Beijing).
  • Masakan Zhejiang tidak berminyak, mengutamakan kesegaran, kelembutan rasa dan tekstur agak kelihatan menyerlah. ia hanya dikacau goreng, goreng celur dan mengukus untuk mengekalkan keaslian rasa. Hidangan terbaik adalah ayam pengemis (Hangzhou's Beggar's Chicken) dan ketam Shanghai.
  • Masakan Kantonis atau Guandong, kedudukan geogarafi Guandong menunjukkan pengaruh pelbagai budaya dari serata dunia, masakannya mempunyai pelbagai cara dan rasa antarabangsa selain dari hidangan tradisional China, bagi pelancong, 'Dim Sum' merupakan hidangan istimewa Kantonis.
  • Masakan Szechuan sangat unik dan mempunyai pelbagai kepelbagaian rasa. Rasanya lebih pedas, ia menggunakan halia, cili dan juga bijan. Ma Poh Tofu dan Ayam Kung Pao adalah hidangan terkenal Szechuan.
haha ini pula maklumat lanjut mengenai empat jenis masakan utama di China: (jom teroka)

Masakan Utara: simbol masakan China
masakan terkenal di utara China terdapat di Beijing, Tianjin dan Shandong. Beijing menjadi pusat tumpuan penggemar masakan terutamanya pakar masakan dari seluruh China. kebanyakan masakan berasaskan gandum yang terdiri daripada pelbagai jenis roti, mi, ladu dan hidangan daging. rasanya lazat dan kurang minyak..cuka dan bawang putih menjadi bahan utama. lazimnya ia dikukus, digoreng atau dipanggang. hidangan paling terkenal ialah Itik panggang Peking dan Daging Kambing.
itik Peking (Beijing)

Hidangan Zhejiang pelbagai rasa
Masakan Zhejiang mewakili masakan dari serata tempat sekitar sungai Yantze yang lebih kepada makanan laut seperti ketam dan udang. kelazatan masakannya lebih ketara dan menarik disebabkan kawasan Zhejiang juga menjadi pengeluar kicap dan gula. hidangan ini menjadi lebih meriah pada bulan september hingga januari kerana hasil ketam lebih banyak.

Hangzhou's Beggar's Chicken (Ayam Pengemis) dan ketam Shanghai

Masakan Szechuan
Wilayah Szechuan bukan sahaja dikenali sebagai 'Jelapang Padi China' malah terdiri daripada pelbagai bahan mentah lain seperti sayuran, bijirin, daging, ikan dan herba. ciri masakannya berempah, cili, lada hitam, lada Szechuan dan lain-lain sebagai penambah rasa. Ma Poh Tofu dan Ayam Kung Pao antara hidangan Szechuan.
Ma Po Tofu dan Ayam Kung Pao

Masakan Guandong
Guandong terletak di tenggara China iaitu kawasan iklim sederhana. justeru masakkanya lebih cenderung pada penggunaan tomato dan daging lembu, ia adalah antara hidangan popular di China kerana masakannya tidak terlalu berperisa dan kurang minyak seperti Dim Sum dan Yong Tofu.
Dim Sum dan Yong Tofu


sedapkan masakan orang China ni...eh.. lapar la pula...ok la sampai sini dlu nanti kalau da masa aku update balik pasal sejarah2 negara lain, bye2....

Four Beautiful Women (Si Da Mei Nv)

These are the Four Beauties of ancient China, historical figures whose lives have been embellished in Chinese literature. This may give you a feel for ancient Chinese culture and history.

Diao Chan

Wang Zhou Jun

Yang Guifei

Si Xi


Saturday, August 20, 2011

Kembara khazanah dunia (China) Yang Guifei





Hallow..hmmhh hari ni aku tak de nak sharing2 pasal hati dan perasaan hehehe, skang ni aku nak tukar angin pula, bukan la maksud aku nak tukar topik, tp selain daripada aku share pasal kehidupan, haha tak salah aku share pasal sejarah yg terdapat dalam dunia ni, so aku mulakan topik baru aku ni ok, tajuk adalah sejarah CHINA:

entah kenapa lepas jer aku baca komik tentang kembara khazanah CHINA aku tertarik dengan topik pasal Yang Guifei...korang nak tau sapa Yang Guifei????




Yang Yuhuan, dikenali juga dengan nama Yang Guifei adalah salah satu daripada 4 wanita tercantik dalam sejarah China. Konon kecantikannya membuat bunga yang sedang mekar pun menjadi malu.
dia terkenal akan hubungannya dengan Li Longji (Maharaja Xuanzong dariTang), yang sebenarnya ialah mertua dia. dan Yang Guifei kemudian menjadi salah satu wanita terkuat di istana selama sejarah China, tapi kemudian diesksekusi kerana Pemberontakan Anshi yang memprotes kuasa keluarga Yang, terutama Yang Guo zhong, sepupu Yang Guifei yang juga Perdana Menteri Tang masa itu.

Masa muda Yang Guifei...

Yang Yuhuan berasal dari Huayin, Hongnong. Dia menjadi yatim-piatu pada umur yang masih muda. Ia kemudian tinggal bersama pakciknya diHenan.Pada bulan sebelas dari tahun ke-22 tempoh Kaiyuan (734 M) ia dijadikan gundik Putera Shou, kanak-kanak dari Maharaja Xuanzong, dari DinastiTang.Yang Yuhuan sendiri pun bukan wanita yang langsing dan ramping. Ia sedikit gemuk tapi konon sangat cantik. beliau pernah membenci Li Bai, seorang penulis puisi terkenal Dinasti Tang kerana Gao Lishi menghasut bahawa dia membandingkan Yang Guifei dengan Zhao Feiyan, permaisuri Maharaja Cheng dari Dinasti Han yang ramping dan langsing. Bahkan Maharaja Xuanzong pun pernah bergurau "... dengan tubuh seperti milikmu, kau tidak akan terbang di tiup angin"
Hubungan cinta dengan Maharaja XuanZong

Setelah enam tahun menjadi isteri Putera Shou, Yang Yuhuan menarik perhatian ayah Putera Shou, Maharaja Xuanzong. Tetapi kerana Yang Yuhuan adalah menantunya, maharaja tidak boleh mengahwininya begitu saja.Pertama dia menyuruh Gao Lishi, sida diraja untuk membawa Yang Yuhuan ke Kuil Taizen di dalam istana dan menjadikannya sebagai biarawati ajaran Tao, lalu memberikan dia gelaran Yang Kebenaran Tertinggi, dan menjadikannya sebagai ahli istananya.
Sebagai juru perhatian, pada tahun ke-4 tempoh Tianbao (745 M) Maharaja Xuan zong melantik Wei Zhaoxun, puteri seorang pegawai tinggi untuk menjadi pasangan rasmi Putera Shou.
Pada bulan yang sama, Maharaja memberi gelaran Guifei (gundik Kehormatan) kepada Yang Yuhuan, yang menjadikannya wanita paling favorit di istana, juga menimbulkan kegelisahan di antara gundik-gundik maharaja yang lain. Pada hari penganugrahan gelaran ini lagu-lagu dikumandangkan di seluruh istana dan yang Guifei dianugerahkan penyepit rambut emas dan tempat perhiasan yang bertaburkan permata yang dipilih sendiri oleh Maharaja dari bilik perhiasan kerajaan.Begitu tergila-gilanya Maharaja sehingga dia terinspirasi untuk menyusun sebuah lagu yang berjudul Pemilikan sebuah Permata yang menggambarkan yang Yuhuan sebagai permata yang berharga yang dia miliki.

Kehidupan Yang Guifei di istana...


Sebelum kedatangan Yang Guifei ke istananya, Maharaja Xuanzong amat menyayangi gundiknya yang bernama Gundik Wu, yang telah melahirkan seorang putra untuk Maharaja Xuanzong. Gundik Wu sendiri adalah wanita cantik dan tidak dapat dikalahkan oleh

gundik2 yang lain, tapi umurnya tak panjang dan ia meninggal pada tahun k
e-21 Kaiyuan. Hal ini sangat membuatkan Maharaja Xuanzong. Kemudian semuanya itu dilupakan ketika oleh Maharaja setelah dia menemukan Yang Yuhuan. Biarpun Yang Guifei dipanggil secara rasmi dengan sebutan Gundik tapi ia diperlakukan seperti seorang permaisuri. masa tu tempat pemaisuri masih lagi kosong, maka tak ada protes tentang perlakuan istana pada Yang Guifei.

Selain itu pernah suatu ketika Yang Guifei menyinggung perasaan Maharaja.Karena marah dia pun di hantar semuala ke pangkuan keluarganya bersama

adik perempuan dan kakaknya Yang Xian. Maharaja mula kehilangan nafsu makan dan enggan membuat apa pun. Gao Lishi kembali meminta izin untuk menjemput, tapi kerana malu Yang Guifei menolak pelawaan tersebut. Ratusan kereta kuda berisi makanan, kain sutra dan anggur terbaik dikirimkan kepada Yang Guifei. Akhirnya Yang Guifei pun cair la dan kembali ke istana. dia disambut meriah oleh Maharaja Xuanzong dan Yang Gu
ifei berjanji tak akan mengulangi perbuatannya.

dia pernah menyinggung perasaan Maharaja dengan mencuri dan memainkan seruling giok ungu milik Putera Ning. Maharaja pun marah lalu Yang Guifei diusir balik . Kali ini Yang Zhao sepupunya meminta rakannya Ji Wen untuk menolong. Ji Wen menjelek-jelekkan Yang Guifei hingga menyebabkan Maharaja lebih marah dan Ma

haraja ingin menghukum Yang Guifei tapi Yang Guifei meminta pelayan istana untuk mengantar potongan rambut Yang Gu
ifei kepada Maharaja Xuanzong. Ji Wen kembali dan kali ini membela Yang Guifei dengan menyebutkan semua yang telah dilakukannya kepada Maharaja Xuanzong. maharaja akhirnya sedar dan meminta Gao Lishi membawa pulang Yang Guifei.




Kerana cinta Maharaja kepada Yang Guifei, maka dia mengangkat Yang Xuanyan, ayahnya, menjadi Gabenor Jiyin dan
kemudian menjadi Menteri Perang dan akhirnya diberi gelar sebagai tiang negara. Pakciknya
diangkat menjadi Menteri Agung Hiburan untuk Maharaja. abangnya, Yang Xian, juga diangkat sebagai pegawai istana. Sepupunya Yang Qi pun dikahwinkan pada Puteri Taihua, putera
kesayangan Maharaja yang kebetulan juga putera dari Gundik Wu. Semua ini memudahkan keluarga Yang untuk keluar masuk istana dan memiliki kekuasaan besar dalam pemerintahan.

Di antara semua saudaranya sepupunya Yang Zhao adalah pegawai istana dengan tingkat tertinggi. dia pun diberi nama Guozhong oleh Maharaja yang bermaksud setia pada negara. Pada tahun ke-11 Tianbao (752 M) dia ras
mi menjadi perdana menteri.

Yang Guifei juga konon menyukai buah laici. Tapi buah-buahan dengan kualiti terbaik hanya tumbuh di selatan. Maka pada musim buah Maharaja Xuanzong akan memerintahkan orang untuk menunggang kuda yang berlari kencang untuk membawa buah itu ke istana siang-malam. Kerana buah kegemarannya adalah buah laici, bahkan para petani memberi nama buah laici yang berkualiti tinggi dengan nama "Senyum Si Gundik"

Pemberontakkan Anshi dan akhir kehidupan Yang Guifei...

Pada tahun 755, atas usul seorang pegawai bernama Li Linfu, seorang gabenortentera dari suku utara bernama An Lushan menjadi sangat kuat dan dipercayai oleh Maharaja. Maharaja menyayanginya sampai-sampai menganggapnyaputeranya sendiri. Ia mempunyai kebiasaan yang aneh, iaitu pada jamuankerajaan dia tidak akan bersujud kepada maharaja tetapi hanya kepada YangGuifei. Pada saat ditanya Dia menjawab bahawa dia adalah keturunan dari suku di utara dan kebiasaan sukunya hanya menghormati ibu dan bukan ayah.Mendengar itu maharaja hanya tetawa dan memaafkannya.
Kemudian dia mulai menentang kedaulatan pemerintahan Maharaja Xuanzong.Beliau mengetuai pemberontakkan di bawah panji untuk menghancurkanpemerintahan Yang Guozhong yang suka merahsuah.Pemberontakan ini bernama Pemberontakan Anshi dan ingin membina rejim Dayan.
Saat pasukan pemberontak mendekati Chang'an, ibu kota Tang, MaharajaXuanzong melarikan diri bersama seluruh isi istananya dan sepasukantenteranya ke Sichuan.Saat mereka mendekati desa yang disebut LerengMawei, pasukannya enggan meneruskan perjalanan.Mereka meminta PerdanaMenteri Yang Guozhong dan Yang Guifei dihukum mati, kerana masalah yang mereka timbulkan.
Atas nasihat seorang pegawai bernama Wei E, Maharaja bersetuju untukmenjatuhkan hukuman ke atas Yang Guifei, walaupun dia sangat mencintai YangGuifei, kerana hidupnya dan masa depan golongan lebih penting berbandingseorang wanita.Yang Guifei pun memahami tentang keadaan tersebut,walaupun sedih, dia tidak marah dan dendam, kerana besar cintanya padaMaharaja.Maka dia pun dingantung dengan seutas selendang putih oleh GaoLishi. Walaupun dia sangat berkuasa, tapi maharaja tidak boleh menghalangtragedi itu. Dia hanya boleh menutup matanya, dan membiarkan air mata membasahi pipinya.
Pemberontakkan akhirnya dapat ditumpaskan, Maharaja pun kembali keistananya, tetapi Yang Guifei telah tiada selamanya. Kehilangan Yang Guifeimembuat Maharaja sangat sedih. Dia menjadi tak berghairah dan menderitainsomnia. maharaja menjadi sangat menderita. Menurut legenda, datang seorang pendeta Tao menawarkan diri untuk membantu maharaja. Diamengatakan bahawa dia boleh berkomunikasi dengan orang mati. Maka sangpendeta mula mencari roh Yang Guifei di dunia orang mati. Akhirnya mereka mendapati Yang di sebuah pulau suci di dunia orang mati.Pulau itu dipenuhibidadari, dan Yang Guifei adalah yang paling cantik di antara mereka.
Menerima utusan kekasihnya, dia cepat-cepat keluar dari biliknya tanpamenggunakan banyak hiasan rambut. dia berkata kepada sang pendeta,"Tolong sampaikan pada Yang Mulia, walaupun kehidupan di dunia nyata itu singkat, tetap di pulau suci ini waktu tak terbatas. Berikan setengah penyepitrambutku padanya dan biarlah dia tahu bahawa cintaku untuknya, cinta ini tetapikukuh seperti emas yang menjadi bahan dari penyepit ini. "
Setiap hari ketujuh di bulan ketujuh maharaja selalu mengunjungi Kuil UmurPanjang untuk berkomunikasi dengan permaisurinya Dia berdoa, "Semoga kami menjadi sepasang burung yang terbang di syurga dan menjadi sepasangpokok yang berjalin di bumi."

wah sedih sungguh cerita ni huhu.....kasihan Yang Guifei, kesalahan yang dilakukan oleh keturunan dia, terpaksa ditanggung juga.......harap korang semua terhibur hahaha bye..bye....

Thursday, August 4, 2011

....kehadiran Anak baru....

Haloo arr... aku x da cerita yg menarik tp aku nak share la apa yang aku baru dapat..hehe, bukan nak menunjuk tp nak kongsi bersama2 dengan kawan2 yang kita suka... haha ni la dia:
Samsung Corby II
touch screen

hahaha ini lah anak baru yang dimaksudkan aku tu....hp terbaru aku..sebenarnya aku x rancang pun nak beli hp ni, kalau ikut hati, aku nak beli sony Ericsson, apa2 je la keluaran yg berkaitan sony...entah cam mana aku tiba2 tertarik ngan hp ni, masa taukey tu tunjuk jer hp ni kat aku,bapa aku ckp hp yg ni bagus hahaha aku pun apa lagi...aku pun rembatla...harga pun berpatutan..hehe
untuk pengetahuan korang hp Samsung corby II didatangkan dengan 3 variasi warna.. iaitu putih, pink dan kuning...
aku pnya warna hp rahsia haha...
Hah yg ni pula Anak sulung aku dlu, umur dia dah 4 tahun..tp syg perkhidmatan dia sudah tamat, sedih tol aku,sebab2 utama dia rosak sebenarnay berpunca dari aku sendiri, aku selalu biarkan hp aku ni basah masa hujan aku tak simpan dia dlm bag, aku simpan dlm poket seluar, dahlah masa tu musim selalu nak hujan, so basah la dia...hrmmm ni la hp pertama aku yg aku beli pakai duit aku sendiri...tp apa boleh buat dah riwayat dia tak lama.....
untuk yg baru ni kena la aku jaga dia btul2 haha lepas ni xkan ada lagi bnda yg terbaik kalau kita x mampu jaganya dengan betul2....haha
k la ku blah dlu...masa untuk sambung study....bye!!