hye..dah sebulan lebih aku tak berblog, minta maaf la yer kepada mereka-mereka yang sentiasa ikut perkembangan blog ni, ehehe kalau tak de pun saje je ucapkan haha....bulan lepas dan masuk bulan ni aku memang dah tak de masa nak berblog, cerita pun tak de yang nak dikongsikan buat masa sekarang, bulan ni aku kena siapkan 5 kertas kerja untuk 5 subjek, bukan sikit semuanya tebal-tebal hehehe....Exam pun dah tak lama lagi, so buat masa sekarang aku just fokus apa yang depan mata dlu la yer..Maaf la kalau tak post ape2 kat sini..tunggu aku dah start cuti nanti, silap2 jemu korang baca cerita aku hahaha...ok lah aku tpksa off dlu, Assignment untuk individual counseling menanti esok nak kena hantar...aku nak habiskan dlu..bye2....
Monday, December 12, 2011
Monday, October 24, 2011
Idea..idea..idea...???
Mana aku nak cari idea ni? Assignment bertimbun atas meja ni, huhu belum lagi dalam laptop ni...mana nak print maklumat lagi, baru2 ni aku dapat 1 mesej dari MPM, waaaaa!! durang nak buat meeting esok tp tak tau pukul berapa? tempat pun tak dinyatakan.....kalau buat meeting aku leh pegi lagi, ni aku nak kena susun perlawanan Liga bola keranjang untuk 5 buah rumah sukan...macam mana nak susun..kurang 1 rumah lagi..kalau 6 buah rumah dapat jugak aku susunkan setiap match... tinggal tunggu keputusan semua AJK je lagi ni....payah la macam ni....aduiii dah mula tension la pulak..ingatkan nak focus ngan assignment je, rupa2nya banyak benda kat luar tu menanti aku...lepas ni settle jer sukan tahunan, NO CLUB ACTIVITY .....!! focus on assignment bertimbun pula..minggu depan Midterm....study tak lagi ni...ok tu jer luahan perasaan aku hahaahaha......Lol
Sunday, October 23, 2011
Travel&study: Testing&Evaluation @ Lundu 3
14/10/2011
Hari yang kedua di lundu....
05.30 : Bangun pagi (terus mandi)
06.00 : Buat persiapan nak gi sekolah buat testing kat SMK LUNDU(kawan2 lain baru nak pg mandi.)
06.45 : Bertolak ke SMK LUNDU (jumpa PKHEM trus masuk kelas hahaha tingkatan 4D, memang sporting termasuk cikgu dia sekali)
sepanjang ada kat sekolah, memang boring pasal...student semua tgh concentratejawab exam paper....aku dengan kawan2 yang lain just round2 kat meja jer.....
08.50 : Habis jawab soalan, sesi bergambar la pula...hehehe
09.15 : Balik trus Teo ajak pergi sarapan kat pasar....
09.55 : Balik semula ke rumah penginapan (semak kertas ujian untuk laporan assignment)
11.00 : Berkemas2 balik, tp bukan balik terus kami jalan2 kat SIAR BEACH...huhu sedih nak tinggalkan lundu time tu...
12.00 : Bertolak ke Kuching.....waaaa!!!
3.30 : Sampai Kuching....
Hmmmhh ni la kali pertama aku stay out kat luar dengan kengkawan....selama ni bukan tak pernah, tp masa tu ikut club activity...so tak fun sangat, pasal pergerakan terbatas..nak lepak2 sambil sembang panjang pun ada had....tak kira la aku yang conduct camp ke tak ke...mana ada masa nak sembang2, masing2 sibuk...bila dah ada peluang stay out kat luar atas urusan kerja huhu memang aku gunakan sebaik mungkin wokk!! bak kata orang tua2 sambil menyelam sambil minum air...(sambil kerja sambil bersantai..alang2 dah ada kat luar bandar tak salah kalau kita nak jalan2 untuk hilangkan tension...hahahaha...)
Ni antara gambar2 kat lundu sebelum balik ke Kuching
Cikgu Teo
Cikgu Miki
Hah ni je la untuk kat sekolah, terlalu banyak..malas aku nak upload hahaha....
Ni kat Siar beach
Monica & Teo mencari cinta ehhh bukan diaorang mencari kerang..
Cantik view kat siar ni...kalau korang berminat boleh la ke sini.....
haha itu adalah cik Monica yang Jiwang karat (sendirian dia kat tunggul kayu tu sambil pasang lagu kumpulan Kangen Band)
kalau tengok pemandangan kat sini memang tenang eh sapa tu? haha sekali pandang ingat orang kena sumpah jadi batu haha tapi bukan yer itu adalah cik monica yang jiwang hahaha (CMYJ)
masa ni air tegah pasang, laju betul dia pasang....nsib la kami tak jalan jauh2 kalau tak huhui tak terlari rasanya dari serangan air yang pasang tu...
Saturday, October 22, 2011
Travel&study: Testing&Evaluation @ Lundu 2
Yeopp!! selamat petang para pembaca2, hehe soe la aku dah lama tak update cerita baru, modem broadband aku dah rosak, so aku dapat on9 sekarang pun pasal aku guna broadband adik... hehe ni aku nak cerita kan kisah travel & study aku kat Lundu... (13-14/10/11) haha bermalam la..takkan nak balik hari kot, jauh tu!! orite macam ni cerita dia, kami pergi ke Lundu berempat, so akibat tak nak lambat, kami kumpul kat Unitar awal dalam pukul 6.30 mcm tu, hehe tapi macam biasa la, bukan semua datang pada waktu yang ditetapkan..kira tepat pukul 7 aku dengan 2 orang kawan aku pergi sarapan pagi, sebab kawan aku yg berbangsa Chinese tu tak tahan lapar, so kami pun pergi la sarapan kat Liza Cafe, sambil tunggu kawan aku yang satu lagi...pening kepala aku banyak tol kawan ( sebenarnya kami berempat jer, 3 perempuan 1 lelaki untuk permudah kan korang nak baca aku mention nama la, yang lelaki nama dia Miki, yang perempuan pula Teo & Monica) ok senang cerita; lepas sarapan, monica pun sampai, so tanpa berlenggah kami semua bertolak guna kereta Teo... hmmhh boleh tahan itu amoi bawa kereta, jalan jauh pulak tu...sepanjang perjalanan nak gi lundu sangat lancar...haha sempat jugak aku sambung balik tido..ok ni kira laporang ringkas la, aku malas nak cerita banyak2 nanti berbelit-belit korang nak baca;
13.10.2011
06.47 : Aku sampai kat UNITAR(kebetulan miki pun sampai juga)
07.00 : Teo datang terus pergi sarapan pagi
07.30 : Monica sampai terus kami bertolak ke Lundu (yahoo!!)
sepanjang jalan tu sangat boring tp nasib baik la kawan2 aku jenis yang terencat2...haha tak la boring dalam kereta....
09.30 : Kami tiba di Lundu (terus pergi ke sekolah, malas nak tunggu lama2)
masa kat sekolah kami ditahan pak cik guard huh bukan main garang pak cik tu, malas aku nak cerita, bikin panas jer bila ingatkan balik pak cik tu, masa kat pejabat tak de la sebarang masalah, lepas buat temu janji kami pun balik...bukan balik rumah yer
10.45 : Angaran cam tu la.. miki bawa kami pergi ke rumah cousin dia (pasal kami bermalam kat rumah cousin miki)
11.10 : Kami pergi ke pasar Lundu beli barang sikit (sebab tunggu cousin miki dari kampung)
11.30 : Sampai ke rumah, trus punggah barang2 masuk rumah..sepanjang ada kat rumah tak de banyak benda yang kami buat, pasal tu rumah orang, so kami just lepak2 sambil layan Lagu dalam laptop jer...
1.30 : kawan aku Monica & Teo mengadu lapar hahaha ( pergi makan la sebab tak mau susahkan tuan rumah kami makan kat luar ajer)
2.30 : selesai makan singgah jap kat kedai beli makanan tambahan, aku mcm biasa sebab dibawah budget aku tak la berbeli benda yang tak sepatutnya, pas tu balik
3.00 : Mandi kat sungai wah sangat selesa dan best...bak kata orang sambil menyelam sambil minum air, alang2 dah kat kampung orang jom la mandi hahahaha.....
4.00 : selesai mandi, balik rumah terus bersihkan diri...aku dah tak tau nak buat ape tido jer la, kawan2 aku yang lain keluar berjalan kat luar....makan rambutan kat rumah orang
6.30 : bangun, siap2 pergi makan (makan malam yea!!)
ok ni adalah antara gambar2 kami kat lundu...tp tak banyak la..cukup untuk tatapan semua;
testing Kamera Hp...OTW to lundu
Teo Fang Jing yang sedang bermesej
setibanya di rumah penginapan hehe....
MAKAN MALAM: OPEN AIR LUNDU
Satay mari RM20
Nasi ayam kepunyaan Monica
Nasi goreng Thai kepunyaan aku hahaha...sedap tau mai la cuba
Antara menu makan malam kami....
Teo dan Miki yang kelaparan
Kesian amoi ni haha mengantuk tunggu nasi dia ..dah la penat bawa kereta
ok la sampai sini je dlu aku nak pegi mandi, jap lagi aku sambung untuk hari yang kedua ok..bye!!
Monday, October 10, 2011
Senyum Lebar..Kelasss kau!!
HALLLOOOWWW....semua...Kenapa aku senyum? aku senyum pasal aku dah baca comment korang yg melawat blog site aku..hehe =) terima kasih yer pasal korang sudi singgah kat blog ni, aku gembira korang enjoy dengan cerita2 yang aku postkan....lepas ni aku akan terus update cerita2 menarik untuk korang...ape2 pun korang memang pembaca yang sporting dan best......sebagai tanda terima kasih kat korang smua nah amik kaw
amik sorang sebiji k..jangan berebut..x cukup beli sendiri hahaha..ok la aku pun buzy skang, nak kena siapkan Assignment ni hehehe, saja jer aku update blog...tunggu cerita aku yang seterusnya ok kat Lundu II...chow =))
Thursday, October 6, 2011
Travel&study: Testing&Evaluation @ Lundu 1 + Pandan Beach
Hadui penat tol hari ni, satu hari kat lundu...eh?? Hallow yollz pe kbo? hahaha kenapa aku penat? hah meh sini aku cerita sikit apa yang aku buat kat Lundu.....ni laporan pasal travel study aku..
0730 : Berkumpul kat Unitar (group assignment testing&evaluation)
0800 : Bertolak ke Lundu (kira-kira 2 jam perjalanan...kiri kanan hutan haha)
1000 : tiba di pasar Lundu (Sarapan jap kat area2 situ...)
1100 : bertolak ke Smk Lundu (jumpa PKHEM diaorang...sangat sporting..kelass kau)
1200 : Perbincangan tamat (balik semula kat pasar Lundu minum + kedai 100% )
1230 : bertolak ke pantai Pandan (kelasss kau...go to mandi, pasal lama dah tak tgk pantai so
semua jadi sakai...)
1507 : Bersiap (dah mandi, tukar pakaian..tp belum balik lagi haha)
1545 : Chow to pasar (tibe2 kwan aku lapar..hah tu la org ajak sarapan tak nak kan dah lapar)
1610 : Jalan2 cari makan (berpusing2 cari kedai makan last jumpa jugak, bukan ape kedai dah
banyak tutup so pasar pun jadi lengang)
1700 : Bertolak pulang ke Unitar...( jalan jauh penat giler)
1845 : Sampai kat Unitar (lambat pasal jalan jam.....)
1920 : Sampai rumah...
Ni gambar yang aku tangkap td...gambar aku tak de kat sini pasal aku malas nak bergambar hahaha..tunggu la travel aku yang kedua kat lundu minggu depan....
gambar ni diambil masa nak beli kerepek; kat lundu ni banyak kerepek..harga pun boleh tahan
yang ni entah apa cerita diaorang smpai amoi ni ketawa hahaha
Buat masa sekarang ni jer la gambar yg aku boleh post tak banyak mana pun....gara2 nak mandi aku simpan hp kat kereta...ok tunggu perkembangan cerita menarik aku ngan geng assignment aku minggu depan...haha itu mesti lebih menarik nanti.....orite..aku nak tido dlu dah mengantok dan penat lepas seharian berjalan jauh..ok gud nite ollsss... =))
Tuesday, September 27, 2011
Lepak@Kuching
Whoop!! apa kbr bloggers...untuk hari ni aku kelas pagi tapi tak lama lepas tu meeting dah habis meeting sambung lagi kelas petang huh!! penat tp nak wat cam mane kan, nama pun student, tak lari la dari menghadapi kelas2 ni...melainkan dah habis haha banyak la masa nak update benda2 baru, sementara assignment tak datang nah ni cerita baru aku..lepas ajer meeting utk student yang amik Major Counselling aku keluar la dgn kawan2..pasal lama dah tak jumpa lagi pun kelas aku petang tadi start kul 2..so boleh la borak panjang...
Orite yang ni menu aku untuk makan tengah hari...Ayam Penyet (tak penyek pun?) haha asal aku letak? pasal dah lama tak jumpe kengkwan so kami lepak@Liza Cafe sambil tu makan sekali la...hahaha!!! lepas dari tu kami lepak kat Hopoh..kira port aku kegemaran aku untuk hilangkan boring huhu...(sorry tak de gambar)
disebabkan masa panjang lagi dari Hopoh terus pg Muzium haha..dasar memang tak de kerja..tu la merayau..hahaha tengok kawan aku yang kat belakang baju pink tu..haha semangat pakai Matrix card..
Haha jauh perjalanan luas pemandangan....caya la korang kat belakang tu pakai High hills pun masih steady..nasib aku tak pakai Hills kalau tak melecetla kaki...huhu..
Haaha..sempat amik gambar durang ni....kalau ikut dalam muzium tak leh amik gambar..tp disebabkan kedegilan...1 pun jadi la haha....kalau banyak2 tak pasal2 kena tahan...ni muka2 kaki rayau unitar...jgn marah yer kengkawan nanti kena jual hehehe...
ok tu jer cerita aku tunggu cerita aku yang lain pula ok..chow yollzz
Sunday, September 25, 2011
Travel@Muzium Perang Pulau Pinang (War Museum)
Hari ni aku nak share korang pasal Travel kat pulau pinang, yang paling menarik untuk aku kongsikan adalah pasal War Museum atau dalam bahasa M'sianya ialah Muzium Perang, mula2 tak terlintas la aku nak tulis apa2, lepas jer aku tengok rancangan Maxsima kat tv3 td, tiba2 teringat pasal lawatan sambil belajar aku masa sekolah dlu, masa tu aku form5 ikut kelab sejarah buat lawatan sambil belajar kat pulau pinang kalau tak silap aku tahun 2007, tp sayang lawatan tu tak secara menyeluruh pasal muzium tu dalam prosess pembaik pulih...bukan tu jer, kami datang melawat masa tu petang, kira dah nak tutup la..huhu terpaksa melawat mana tempat yang sempat jer...ok kepada korang yang berminat nak tau pasal tempat ni aku bagi sikit jer la info, aku sendiri pun tak clear sangat, dah lama sangat mana la nak ingat..lagi pun masa tu lawatan tak lama..just jalan2 cam tu jer...
WAR MUSEUM
Terletak di Batu Maung Pulau Pinang. Merupakan bekas tapak tentera beberapa bangsa: Inggeris, Jepun, Gurkha dan Melayu. Bukan halunisasi, bukan berbohong tapi kejutan yang ada di situ bisa meremangkan bulu roma Di situ dapat dilihat bekas bilik, dapur masak untuk bangsa berbeza, pejabat komander, terowong rahsia, gajet-gajet perang dan gambar-gambar lama.
Harus hati-hati kerana ada kawasan yang dikatakan masih mempunyai periuk api. Ia dipagari dan diletakkan amaran.
Harus hati-hati kerana ada kawasan yang dikatakan masih mempunyai periuk api. Ia dipagari dan diletakkan amaran.
ok ni antara gambar2 yang aku copy dari google..kalau nak harap aku mana ada simpan gambar masa lawatan, lagi pun masa tu kamera tak dibenarkan masuk ke kawasan muzium....aku sendiri pun tak tau kenapa??? mau tak mau terpaksa aku cilok dari google haha!!
Ok ini adalah kubu yang akan menyambut kehadiran korang kat muzium perang ni..mula2 korang masuk maybe agak suram la...
ni adalah pintu masuk ke dalam muzium..menarikkan
Korang nampak itu papan? itu adalah check point pertama, ada banyak benda yg korang boleh explore dalam tu... contohnya kubur2 lama, tp tak banyak la, penjara, berek, pejabat, terowong kecil dan sempit, bekas tapak meriam, hah yang paling seram la bekas tapak pancung kepala banduan..
Ni adalah tapak pancung kepala banduan...Huyoo,sangat menakutkan...masa aku lawat tempat ni dlu, cikgu2 aku yang join, nasihatkan kami supaya tidak bermulut celupar, pasal tempat ni tempat lama...huhu seramlah pula
ni adalah terowong2 kecil...aku tak amik banyak kalau korang rasa nak sangat tau..pergi la sendiri, alami sendiri pengalaman berada kat sana....hehehe!! best
Ok kalau korang rasa boring dah tak tau nak jalan kat mana..ada tengok alamat War Museum kat gambar tu...haha korang boleh la hubungi pihak yang berkenaan...ok yuran masuk..
untuk orang dewasa : RM15
untuk kanak-kanak : RM7.50
Orite tu jer la infomasi aku...tunggu aku cari tempat lain lagi nak di kongsikan dalam blog ni yer...out Yollzzz
Friday, September 23, 2011
Lepak&Santai
Keboringan melampau2 ni huh!! sebab dah tak de kerja nak buat, aku pun buka la Mr.Google belek2 pasal makanan yang kira terbaekk la kat Malaysia ni, so aku dapat la sikit, yang nak di kongsikan bersama....kalau ikut hati ni aku nak cari tempat2 menarik untuk travel, tp tak de idea la tunggu aku rajin explore baru aku share kan kat korang yer...hehehehe!!!
Makanan yang menjadi pilihan orang M'sia
Teh Tarik...
ni adalah diantara fav orang M'sia, mana2 singgah gerenti order teh tarik (terbaikk!!)
Roti Canai..
Hah yang ni dah tentu2 jadi pilihan hati...ada teh tarik + roti canai memang sempurna menu untuk sarapan pagi
Nasi Lemak...
yang ni pilihan yang seterusnya..nampak sedap la huhu....
rasa lapar la pula..ok la tido dlu makin lama aku tengok makin lapar pula haha!! gud nite
Thursday, September 22, 2011
Lepak@Mira Cake House
Yo!! malam ni pasal tak de apa2 nak buat aku update la blog kesayangan aku ni hehehe!!! semalam aku ada kelas so habis jer kelas tetiba hujan la pula, so apa lagi disebabkan hujan yg sangat lebat aku dgn kengkawan lain lepak2 la kat Mira Cake House, ni kedai favorite aku ngan Kengkawan; nah amik kaw!!
ok untuk informasi kepada mereka yang berminat nak lepak2 kat sini la, Mira Cake House ni terletak kat sebelah bangunan Wisma Mornie (Universiti Tun Abdul Razak Kuching) yang senang korang nak cam, satu2nya building colour merah kat area tu adalah Mira Cake House (kedai kek Lapis Sarawak) ok tentu korang nak tau apa yang special sangat kat Mira Cake House ni orite sebenarnya Mira Cake House ni kedai kek lapis sarawak, tp disamping tu durang ni buat la kedai makan...
Ni adalah antara menu2 yang ada kat Mira Cake House...kalau rasa nak minum petang kedai ni ada sediakan kuih2 suka hati nak pilih...semuanya sedap2..hahaha!!
Ni gambar semalam haha....sambil tunggu hujan reda apa lagi lepak2 ler, sambil minum petang
Hah ni bukan aku punya, tp ini kepunyaan Kawan aku...kerana malas nak masak dia makan jer kat luar hahahaha..... Teh tarik + Kuetiaw goreng special = huh sempoi la makan petang dia!! sori yer aku punya gambar tak banyak pasal memory penuh kalau tak muka sorang2 aku tangkap masukkan dlam blog ni haha..ok la sampai sini jer dlu dah ngantok ni, esok2 sambung lagi yer..gudnite..jam kat bawah tu jangan ikut..dari hari tu aku nak ubah tak jugak berubah2..sekarang kalau ikut jam laptop aku dah Kul 10.34pm
Monday, September 19, 2011
Masalah3!!!
Aduh kenapa la hari ni malang betul? tak habis2 dgn yuran?? dah la first day register, kena byar yuran pengajian....ingatkan sikit..huhuh sekali dia sebut, ringgan jer bunyi...yg berat nak tanggung tu aku......apasal la tak potong terus!! Susah hati aku ni, mana nak cari jumlah tu?? haduiii naya hidup macam ni!!! tak memasal kena barred, melayang duit belanja aku...kalau aku tau nak jadi mcm ni, jangan harap aku nak hambik course ni! mahal nak mampos!!! bagus aku ambik Management jer, tak la tersangkut2..huhuhu menyesal pun tak guna!!! Aku geram!!!!!
Saturday, September 17, 2011
Jom Breakfast@Kaya&Toast
Breakfast yang ringkas tapi mengenyangkan...eh hye!! hahaha jom ikut aku travel lagi...cari tempat breakfast pula..asyik cari tempat makan yang berat jer, ok lokasi yang menarik perhatian aku adalah Kaya&Toast, orite tempat ni memng sesuailah untuk mereka2 yang pemalas nak buat breakfast haha atau pun kira dah boring la nak breakfast kat rumah boleh la g kat mana2 kaya&toast yang berhampiran...hehe aku cakap mcm ni bukan apa cawangan Kaya&Toast ni dah bnyak dah so tak yah nak risau...
Ok ni la rupa kaya&toast haha ni cawangan satok, aku pernah datang sini sekali la dengan kawan2, time tu tengah hari..haha pasal dah tak sempat nak makan kami makan jer benda yang simple; ni gara2 kuliah kami yg sepatutnya start petang ditukar waktu ke tengah hari...dah la baru jer habis satu subjek..tetibe je ditukar, huh last minit plak tu...huhu
Pekhidmatan kat sini macam Jentayu Black Pepper jugak...pegi kaunter order terus kat sana..so tak de istilah orang amik order kat meja2...
Nasi Lemak Special ++
Tuna Sandwich
Chai Kueh (Kuih Sayur)
Curry Rice
Antara minuman yang menjadi pilihan pelanggan yang datang kat sini, jgn risau minuman panas pun ada juga..suka hati korang la nak pilih yer ikut cita rasa...
bestkan, nampak cam mahal..tapi jangan risau harga sangat berpatutan, rasa pun huh!! GERENTI SEDAP!! kalau cakap pun tak guna, so datang sini mai pekena menu kat Kaya&Toast hahaha mana tau korang Kaya makanan pas ni... ok la sampai sini dlu kita lepak..nanti la kalau ada masa aku update tempat baru tuk korang...hahah mana tau ada rezeki kita g jalan2 kat penang pula haha Weahhhaaaa!! chow n have a nice day uollss..enjoy it ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)