Hari ni aku nak share korang pasal Travel kat pulau pinang, yang paling menarik untuk aku kongsikan adalah pasal War Museum atau dalam bahasa M'sianya ialah Muzium Perang, mula2 tak terlintas la aku nak tulis apa2, lepas jer aku tengok rancangan Maxsima kat tv3 td, tiba2 teringat pasal lawatan sambil belajar aku masa sekolah dlu, masa tu aku form5 ikut kelab sejarah buat lawatan sambil belajar kat pulau pinang kalau tak silap aku tahun 2007, tp sayang lawatan tu tak secara menyeluruh pasal muzium tu dalam prosess pembaik pulih...bukan tu jer, kami datang melawat masa tu petang, kira dah nak tutup la..huhu terpaksa melawat mana tempat yang sempat jer...ok kepada korang yang berminat nak tau pasal tempat ni aku bagi sikit jer la info, aku sendiri pun tak clear sangat, dah lama sangat mana la nak ingat..lagi pun masa tu lawatan tak lama..just jalan2 cam tu jer...
WAR MUSEUM
Terletak di Batu Maung Pulau Pinang. Merupakan bekas tapak tentera beberapa bangsa: Inggeris, Jepun, Gurkha dan Melayu. Bukan halunisasi, bukan berbohong tapi kejutan yang ada di situ bisa meremangkan bulu roma Di situ dapat dilihat bekas bilik, dapur masak untuk bangsa berbeza, pejabat komander, terowong rahsia, gajet-gajet perang dan gambar-gambar lama.
Harus hati-hati kerana ada kawasan yang dikatakan masih mempunyai periuk api. Ia dipagari dan diletakkan amaran.
Harus hati-hati kerana ada kawasan yang dikatakan masih mempunyai periuk api. Ia dipagari dan diletakkan amaran.
ok ni antara gambar2 yang aku copy dari google..kalau nak harap aku mana ada simpan gambar masa lawatan, lagi pun masa tu kamera tak dibenarkan masuk ke kawasan muzium....aku sendiri pun tak tau kenapa??? mau tak mau terpaksa aku cilok dari google haha!!
Ok ini adalah kubu yang akan menyambut kehadiran korang kat muzium perang ni..mula2 korang masuk maybe agak suram la...
ni adalah pintu masuk ke dalam muzium..menarikkan
Korang nampak itu papan? itu adalah check point pertama, ada banyak benda yg korang boleh explore dalam tu... contohnya kubur2 lama, tp tak banyak la, penjara, berek, pejabat, terowong kecil dan sempit, bekas tapak meriam, hah yang paling seram la bekas tapak pancung kepala banduan..
Ni adalah tapak pancung kepala banduan...Huyoo,sangat menakutkan...masa aku lawat tempat ni dlu, cikgu2 aku yang join, nasihatkan kami supaya tidak bermulut celupar, pasal tempat ni tempat lama...huhu seramlah pula
ni adalah terowong2 kecil...aku tak amik banyak kalau korang rasa nak sangat tau..pergi la sendiri, alami sendiri pengalaman berada kat sana....hehehe!! best
Ok kalau korang rasa boring dah tak tau nak jalan kat mana..ada tengok alamat War Museum kat gambar tu...haha korang boleh la hubungi pihak yang berkenaan...ok yuran masuk..
untuk orang dewasa : RM15
untuk kanak-kanak : RM7.50
Orite tu jer la infomasi aku...tunggu aku cari tempat lain lagi nak di kongsikan dalam blog ni yer...out Yollzzz
No comments:
Post a Comment