Ok ni adalah lokasi seterusnya untuk korang jalan2 cari makan, Jentayu Black Pepper, lokasi yang terletak dekat dengan area Jalan Haji Taha..berdepan dengan sekolah Chung Hua No.4 n sebelah jentayu ni ada Family cafe, ok nak dipendekan cerita aku dengan kwan2 sekelas selalu la juga lepak kat Jentayu ni, pasal tempat ni memmang chill n cool untuk remaja2 cam kami utk lepak2 hilangkan tension lepas kuliah. haha yang unik nyer tempat ni pagi sampai tengah hari memang tak buka langsung, so kalau rasa nak sangat lepak kena la tunggu petang sikit around 3 atau 4 mcm tu...pasal jentayu ni beroperasi waktu petang hingga larut malam..
kedai ni tak la besar sangat..kecil je tp memang best, kalu dulu aku duduk kat hostel selalu la lepak2 kat sini waktu malam dengan Roommate aku, saja lepak buang boring, daripada duduk terperuk dalam bilik yg tak ada TV bagus keluar lepak kat cafe cam ni ada la hiburan sikit. kat cafe ni ada muzik so santai la sikit time lepak.....
Macam yang tertera dalam gambar tu..pandai2 la korang nak self service kan diri sendiri..jentayu ni tak sediakan perkhidmatan waiter n waitress..nak makan p ambik sendiri..nanti korang tunggu la pelayan kaunter yg ambilkan order utk korang (kira mcm KFC n Mcd la)
satu lagi informasi untuk korang kang kalau aku tak bagi tau nanti korang cakap ape pula, ok makanan kat sini semuanya berasaskan Western food..so kalau korang pengemar western food boleh la datang sini, kalau korang jenis yang makan tak puas aku sarankan tak payah la datang sini, pasal banyak lagi kedai lain yang boleh mengenyangkan perut haha..kang tak pasal2 korang merengek lapar..
ok kepada follower n pembaca blog yg terclick blog aku secara sengaja atau tidak boleh la mengunjungi tempat2 yang aku cadangkan ni yer....hehe kalau tak tau jalan ringan2kan mulut untuk bertanya orang sekeliling...kalau ada kawan2 korang yg memang asal dia dari kuching, lagi bagus..dah sah2 dia tau....kepada korang yg tau tempat ni err aku tak tau nak cakap ape?? eh blog aku ni dah mcm tempat untuk jalan2 cari makan la pula...hehe tak ape janji korang rasa happy lepak kat site aku ni hahaha.....tak cantik tak apa, janji informasi padat dan tepat...
No comments:
Post a Comment