Hari ni aku tak g mane2, (malas nak berjalan; No Money No Talk) so aku lepak2 dengan laptop kesayangan, haha sebab dah boring buka FB aku buka la laman Mr Google....aku terjumpa satu site yg memang gempak la, korang nak tau ape? hah!! site makan2...lepak sambil makan, syang nyer tempat yg aku nak share ni tak de kat Kuching so aku just show kat blog ni jer la.... hahahahah!!!
Rasta@TTDI:
Hah!! untuk pengetahuan korang ni la nama tempat makan yang aku nak showkan jap lagi, Rasta@TTDI tempat ni kat area Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur tak jauh dari Media Prima Tv3 nah ni map untuk korang..
yang menarik pasal Rasta ni, ada macam2 jenis makanan yang terdapat kat sini..hmmhh aku pun tak la tau sangat apa yang ada kat Rasta, pasal aku belum p lagi kat sana, hahahaha!! Lolzz belum tiba masa lagi aku nak g travel ni, habiskan study dlu barulah dapat pegi lawat tempat2 menarik mcm ni..hehehe!!! jom kita tengok macam mana rupa Rasta ni;
nampak sangat simple bila dari luar..
Ni suasana dalam..Hmmhh nampak susun jer gerai2 kat dalam ni, mcm kat hotel 5 bintang
Tapi kalau diperhatikan betul2 secara dekat aku tengok cam Food Court Centre kat e-mart dekat area Matang
Hah!! yang ni menarik ni adalah antara menu2 yang terdapat kat Rasta@TTDI;
:.. Harga pun buleh tahan (kira padan la dengan budget kita ni) ..:
Ok..ni antara makanan yang terkenal kat rasta; kira famous la kat orang2 yang dah pernah makan kat tmpat ni nah amik kaw:
Ni Burger tp aku tak tau apa nama dia hahaha show ajer la
:.. Desert yang cool ..:
Kat sebelah tu macam Omelate je hah yang Hijau ni Caesarsalad
yang besar tu korang mesti tau kan ape? tu Spaghetti yang kat sebelah dia ni mee tp aku tak tau mee ape???!!
~ Yang ni Rostibratwurst n satay haha slurrpp ~
ok..ni adalah antara makanan yang sangat terkenal dikalangan pengunjung2 Rasta@TTDI so kalau korang berminat buleh la pg hmmhh artis2 tempatan pun banyak jugak yang suka lepak2 kat sini, mcm mana aku tau? haha rahsia ok...huhu eh lupa pula ada satu lagi benda menarik yang korang patut tau, kepada korang yang kaki Shisha, kat RASTA ni ada sediakan perkhidmatan Shisha, eh aku tak hisap Shisha aku just bagi informasi je..mana tau kot2 korang minat nak datang, tiba2 tak tau ada perkhidmatan Shisa kat sini hahaha..that's why la I tell uollzz...haha kelass kau Jahh...haha macam kat area2 lain gak untuk peminat2 bola, kat Rasta ada menyediakan 1 panggung untuk korang lepak2 sambil tgk bola..haha menarik tak..ada rasa nak g lepak kat sana? ok korang pegi la..aku belum boleh lagi...tunggu dah hbis study, dah kerja ada duit baru aku terbang g KL try lepak kat sana hhaha...