CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 28, 2011

pandangan dan cakap orang

sambil aku duduk2 menanti jam bagus aku keletak keletuk dengan buku aku ni, entah apahal aku dapat idea nak taip cerita ni, haha mungkin aura dari seorang kawan aku (tidak bernama) sering meluahkan perasaannya dalam Facebook tentang dirinya yang tidak disukai orang, adakah disebabkan sikap dia atau orang cemburu tengok dia, Hmmhh... ni cerita aku melalui apa yg ada dalam fikiran aku sendiri...Sebagai manusia kita tidak akan lari dari kritikan, malah kita kan sentiasa mendengar orang mengata diri kita dari belakang, tetapi jika difikirkan kembali adakah itu akan menjadi kudis untuk kita? adakah mereka yang mengata atau menggutuk kita itu yg memberi makan dan minum kepada kita? itu terpulang pada mulut sesiapa sahaja yg mahu mengkritik kita, jika seseorang itu tidak mengenali kita secara mendalam, dia akn melihat keburukan yang ada pada kita, mereka akan menyimpan rasa iri hati, benci kepada kita, tetapi kita harus ingat, x selamanya kritikan itu akan kekal dalam mulut mereka, hari ni mereka akan mengutuk kita, esok lusa mereka akan mengutuk orang lain, kerana sifat manusia ni tidak akn lari daripada kepuasan jika tidak mengkritik orang lain...oleh itu kita tidak perlu menyimpan rasa malu terhadap mereka2 yang suka mengkritik orang, tetapi mereka yg patut malu terhadap diri mereka, kerana buang masa untuk hal2 yang x berfaedah mcm tu, bak kata orang2 tua, salah orang dia nampak, tapi salah sendiri nyata2 nampak tapi buat2 tak nampak....haha kalau aku tak ada faedah untuk aku nak kritik2 orang sedangkan diri sendiri pun belum tentu sempurna dari segi apa2 pun.. haha maaf lah jika ada yg terasa, kerana ini hanyalah pandangan aku sahaja..tiada maksud untuk mengenakan sesiapa, sebab aku kasihan tgk kwn aku yg hari2 meluahkan perasaan sedih dia kat facebook, haha bukan x dinasihatkan supaya mengabaikan, tp dia ttp ambil kira dgn apa yang dikatakan org trhadap dia..so aku just bg pandangan aku ajer..k, samapi sini jer la k..tunggu cuti nanti aku updatekan....skang ni aku buzy..k bye!!

No comments:

Post a Comment