Selamat, haha aku baru jer balik dari college, buat revision untuk exam minggu depan hahaha 2 killer paper, macam sem2 lepas aku dan kwn2 ulangkaji kat library, mcm2 karenah dan idea yg pelik2 keluar time kami buat revision, hahaha tak tertahan dengan telatah kwn aku yg selalu membuat mimik muka blur apabila ditanya soalan, lain yg disoal lain yg dijawab...ehehee oh ya aku lupa la pulak, lepas aku habis buat revision, aku ngan kwn sekelas aku keluar minum, mcm biasa lepak2 hilangkan serabut belajar tadi, sedang sembang2 tak tersengaja la pula cerita pasal couple, mana tak nya dalam kedai minum mcm2 org yg kami tgk dan semuanya berpasang2, kami pun berpasang jgk tp, bukan couple hahaha.... maka dia pun tnya pendapat aku, mengenai couple2 ni, aku pun heran la kenapa yg jumpa aku mesti nak sharing ngan aku, WwwEee.. muka aku ni cam kaunselor ka?? hahaha, tak pe la boring punya pasal aku pun layan jer la..tp aku tak boleh story itu amanah org..so biar aku sahaja yg tahu, bagi aku perasaan suka atau taksub terhadap seseorang itu tak perlu melampau2 sebenarnya, kalau kita btul sygkan seseorang itu kita mesti tau batas2 untuk menyimpan perasaan itu, jgn terlalu memaksa kerana belum tentu perasaan yg dipaksa itu akan menjadi milik kita, bak kata org tua2 kalau dah jodoh takkan kemana, tak salah kalau kita menyimpan perasaan tu tp bukan dengan cara menggangu hidup dia sehingga mengakibatkan seseorang itu trauma dan takut. kerana perasaan x boleh dipaksa2, sekali sekala berkorban demi org yg kita suka tu bahagia, sudah memadai...
manakala untuk org yg mmg dah bercouple pula, pada pandangan aku la, x semestinya kita meletakan 100% harapan terhadap pasangan kita tu, kerana status kita belum lagi menjadi husband n wife, kadang2 aku hairan kenapa mesti merancang perkara yg belum tentu jadi, maksud aku macam ni cheee...bukan nak sibuk tp aku tak sengaja dengar la, ada pasangan couple ni (aku sendiri pun tak kenal haha)cerita tentang masa depan utk hidup semati la, janji sampai bila2 la...huhu, sedangkan kita tak tahu adakah perhubungan itu akan kekal selamanya, tak salah kalau merancang, kalau hubungan itu menjadi tak mengapa thank god la sebab dpt menempuhi cubaan dlm setiap perhubungan, tetapi cuba kita fikir secara logik, sedang kan suami isteri lagi bertengkar, inikan couple, bak kata org tua..semakin kuat perhubungan itu, semakin banyak halangan yg perlu ditempuhi...kalau kita jenis penyabar, dah tentu akan kekal sampai bila2, tp kalau benda kecil pun menjadi isu mcm mana nak tempuhi halangan seterusnya..haha aku taip bukan nak mengutuk atau melukakan sapa2 aku hanya menjelaskan apa yg dikongsikan bersama kwn2 aku, ada jgk pandangan mereka yg aku selitkan supaya boleh dimuatkan dlm blog ni hehehehe, masing2 ada hak, mcm aku jgk, aku pun manusia yg banyak kelemahan, bohonglah kalau aku cakap aku ni tak bercouple, tp pengalaman banyak mengajar seseorang itu menjadi lebih matang dari segi berfikir secara logik...so itu la cerita n pandangan aku serta kwn2 aku setakat ini...maaf ya kalau terkasar bahasa hehehehehe....kami hanya manusia biasa yg melakukan kesilapan..
Sayang ku.. I lioke ur essay..hahaha... :)
ReplyDeleteuiitt.. aku mbik ayat best dari blog ko haha..
ReplyDeleteahaha ok2....panjang2 pun kw baca jgk ke? hahah besa mana ada org nak baca panjang2 cam ni
ReplyDelete