CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 5, 2011

cerita aku dan Lokasi Pelancongan Terbaikk....

dlu2 aku ni duduk banyak tempat, tp dalam kwasan M'sia jer haha..mana lah nak ada duit pg jauh...lagi pun aku dilahirkan dalam keluarga askar so tu la pasal aku selalu berpindah randah atau lebih dikenali sebagai posting...hehe eh? cam org nomad la pulak berpindah2 nih hahaha....k nak dijadikan cerita, masa kecik2 dlu dalam umur 3 ke 4 thun la aku duk kat Kelantan selama 2 thun, so tak banyak kenangan sangat, bak kata orang ingat2 lupa..biasalah masa tu pun masih budak lagi mana la nak ingat sangat.....benda yg masih segar dalam otak aku, masa berkelah kat Pantai Cahaya Bulan....tp sekarang ni dah banyak membanggun kawasan tu..mana taknya dah lebih sepuluh tahun berlalu...dlu kawasan tu kawasan perkampungan nelayan.. sekarang ni tempat tu dah jadi kwasan tarikan pelancong..haha...

Lokasi Pantai Cahaya Bulan (Terbaikk)

selepas tu aku dan Family berpindah balik kat negeri asal kami sendiri, Kuching Sarawak...hehe kat sini pun banyak jgk kawasan2 yg menarik..bak kata orang Hujan Emas di Negeri orang, Hujan Panas di Negeri sendiri..apa2 pun tempat sendiri pun Terbaik klau nak melancong...save budget hehehehe.....aku duduk kat Kuching selama sebelas tahun..hehe lepas tu ayah aku diminta untuk posting ke Perlis Indera Kayangan..biasalah tu dah tugas dia sebagai anggota Tentera, terpaksalah akur dengan arahan pegawai atasan...kiranya aku start dari umur 5 thun sampai umur aku 15 thun aku duduk kat Swak...pas tu ikut ayah aku posting..so aku sambung sekolah kat perlis...aku duduk perlis pun tak lama sangat 2 tahun je..selama 2 tahun tu...itulah kesempatan aku nak tengok negeri orang....hahahaha...bak kata orang menyelam sambil minum air..itu lah aku hehehe....aku guna kesempatan yg ada untuk pg melawat tempat2 menarik kat semenanjung..yela masa sekolah dlu bnyak kelab dan persatuan, bila cikgu buat lawatan sambil belajar, aku pun ambil peluang ikut lawatan tu..tp budak2 sekolah cam aku x de la mahal yuran penyertaan, paling2 pun RM35 khas untuk bas dan penginapan selebih tu sekolah la tanggung..hehe kecuali makan dan minum..itu sendiri tanggung....time cam tu mmg tak leh nak jimat sikit, nampak mcm2 benda yg menarik mesti terlintas nak beli....kadang2 aku selalu paw ayah aku lebih..kalau tak cukup minta kat mak pula haha...pandai2 la kalau nak minta upah...buat rajin gerenti duit belanja lebih.....
antara tempat2 yg aku pernah pegi sepanjang 2 tahun aku duduk kat Perlis ialah:
PERLIS(gua kelam n tmpat2 yg org ckp menarik) KEDAH (Langkawi, Pulau Tuba, kwsan Kedah) PULAU PINANG (War Museum, kwasan2 dlam pulau pinang la) PAHANG (Cameron Highland) PERAK (tmpat menarik la) KUALA LUMPUR (macam biasalah KLCC tp aku dah besa sbb masa kecik2 dlu aku pernah duduk kat KL tp x la lama) hahaah itulah antara pengalaman aku masa zaman sekolah...lepas 2 tahun aku pun balik kat Kuching..pasal ayah aku berpencen...haha so sekarang ni aku melawat Kuching jer la, haha sbb nama pun masih study, lom terfikir nak g mana2...tunggu dah kerja ada duit sendiri baru aku plan nak pg mana..tp sasaran utama aku ialah SABAH n Langkawi (tempat yg ada pantai....) hahaha Tunggu!!!

Update blog =)


Hari ni mcm biasa, kalau korang terbaca blog aku ni, bermakan aku dah tak de kerja lain lagi, malam mcm ni orang duduk dpn TV tp aku tak haha...malas la nak menghadap tv selama 24jam...mata naik juling asyik menghadap tv...so aku update je blog ni..lepas ni jarang2 la aku buka blog, pasal x lama lagi dah nak start kelas..bermula la tanggungjawab aku sebagai student balik...huhu sedih aku sbnarnya nak tinggalkan cuti ni...kalau aku leh cuti lama sikit aku rasa aku nak g melancong hahaha....g mana2 la janji melancong haha jom ikut aku cari lokasi yg best kat Malaysia ni....

Saturday, September 3, 2011

Aril - Menatap Matamu [Official Video] HD Version


Andaikan kau jadi milik ku, selaluku nyanyikan lagu rindu, andaikan kau dan aku bersatu dunia ini kan berseri selalu....

Cerita ajer la kot....

Yo!! hahaha ape kbr sume..hari ni aku sangat boring, dan tak tau nak buat ape dah??? semua orang lam rumah ni buzy...hehe buzy dalam mimpi...petang2 yg sejuk nak mampos ni aku duduk bawah kipas sambil keletak-keletuk ngan aku pnya laptop ni hanya nak update blog jer..
sejak beberapa hari ni aku selalu cari informasi2 baru untuk menyenangkan hati tp smuanya..lost.....macam aku sekarang ni........lost tak dapat nak contact, tumpuan pun kurang gara2 bnyak berfikir, selama ni aku selalu mencari kepastian dalam diri aku sendiri, tp sekarang semuanya sia2...harapan aku kat seseorang ni pun dah punah..tak de makna lagi, haha kalau aku ckap aku tak sedih, tu dah menipu diri sendiri nmanya..huhhh!! tp malas la aku nak cakap, biar aku sendiri jer yg tahu macam mana perasaan aku sekarang ni huhu, jangan sampai last2 cerita habis macam tu je...ending cerita hero ngan watak sampingan...pas tu heroin pula bertukar jd watak tersisih....Argghhhh!!! bodoh betul la kalau ada ending cerita cam tu....nak jer ku bakor tv tu hahahaha..tak pasal2 tv jadi mangsa....tak pe la...sekurang2nya sekarang ni aku tak perlu mengharapkan apa2 lagi, biarlah cerita selanjutnya aku simpan sendiri, korang baca jer apa yg aku share ni hahaha.....

Thursday, September 1, 2011

Cerita apa erk!!

Aduii....apa hal la malam ni aku rasa boring sangat malam ni??? aduiii mana smua kawan2 aku??? asal cuti je hilang....pg honey moon la, kwen la, tunang la,, nak2 lagi sekarang tgh raya..ape lagi raya sakan ler kumpul duit raya banyak2 haha....Arggghh!! lama2 cam ni gila aku wokk!! ada kwn susah, x da kwn pun susah...sebab apa2 hal pun kwn ttp penting..tp kena la pandai pilih kwn, jgn sebarang..kang x pasal2 huhuhu..paham2 sendiri............kwn ni banyak jenis, ada jenis yg susah sama susah, senang sama senang...tp ada juga jenis kwn amik kesempatan..tp ape2 pownn lantak la..tu hak masing2...k la aku bawa diri dlu...tgk cerita kat Tonton.com dlu..bye uollss......................

Friday, August 26, 2011

Takdir dalam perasaan

Malam yang sunyi membangkitkan lagi suatu perasaan aku yg bercampur aduk, dimana setiap kali aku cuba melupakan bayangan wajah indah itu dia tetap akan hadir walaupun aku tak minta, wajah yg polos, bersih dan menawan sentiasa berlegar2 dalam imaginasi aku, apakah perasaan ini muncul semula? perasaan yg pernah dirasai oleh aku dan orang lain sebagai manusia?tapi sayang jarak diantara kami sangat berbeza...dan aku hanya mampu melihat gambaran wajahnya dari jarak jauh..tanpa bersemuka, tanpa bercakap, dan tanpa mengenali siapa dia yg telah mengalihkan perhatian ku seketika. biarlah perasaan itu terus berada di hati hingga di suatu saat nanti ia akan hilang dan pergi dengan sendirinya.....mungkin sudah ditakdirkan begini..



Thursday, August 25, 2011

Kembara Khazanah India (Keindahan Taj Mahal) part 3


korang mesti tau ni apa kan? ini la Taj Mahal kebanggaan negara India....
untuk pengetahuan korang semua Taj Mahal ialah sebuah makan terletak di Agra, utara India ia juga digelar 'Istana Mahkota' Taj Mahal yang dikenali sebagai makam ini dibina pada tahun 1631. bangunan utama siap dibina pada tahun 1648. manakala keseluruhan bangunan pula siap pada tahun 1653. hampir 20 ribu tenaga kerja dikerah setiap hari dalam kerja pemmbinaan. keseluruhan projek mengambil masa 22 tahun. yang unik pada Taj Mahal ini, ia dibina seperti semetri seolah2 boleh dilipat dua, bukan sahaja bangunan tetapi malah pokok serta bangkunya juga seolah2 semetri.

MAKNA TAJ MAHAL:
seperti yang dikatakan oleh aku tadi, ia digelar Istana Mahkota, Taj Mahal diberi berdasarkan nama isteri kesayangan Syah Jahan iaitu Mumtaz Mahal..beliau merupakan isteri ketiga Syah Jahan, Mumtaz Mahal, isteri kesayangan Syah Jahan meninggal dunia ketika melahirkan anak yang ke-14. Syah Jahan berasa amat sedih, lalu baginda mendirikan sebuah makam sebagai kenangan percintaan mereka.. huhu sangat mengkakumkan....

Makam Syah Jahan dan Mumtaz Mahal
di dalam Taj Mahal